Thursday 29 January 2015

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41

Perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 akan diadakan mengikut ketdtapan berikut :

Tarikh   : 28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Mestika SK Sungai Serai Kuang

Pihak PIBG mengalu-alukan usul/cadangan dari pihak tuan/puan. Sebarang usul/cadangan yang hendak dibawa ke mesyuarat agung hendaklah dihantar kepada Setiauasaha PIBG (Pn. Aziroh Bt. Puteh) melalui guru kelas anak tuan/puan sebelum atau 6 Februari 2015 dengan mengisi surat jawapan yang diberikan kpd anak tuan/puan.Usul yang diterima oleh AJkK PIBG dan pembawa usul yang hadir sahaja akan dibahaskan pada mesyuarat agung PIBG. Kehadiran tuan/puan sangatlah diharapkan dan didahului denga  ucapan terima kasih.

Program SambutanMaulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul telah dijalankan pada 30 Januari (Jumaat) bertempat di SK Sungai Serai Kuang..Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
  1. Perarakan
  2. Nasyid
  3. Ceramah
  4. Kuiz
Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti sambutan dijalankan.Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini terutama Unit Pendidikan Islam SK Sungai Serai,Kuang


Thursday 22 January 2015

MAJLIS JALINAN KASIH IBU BAPA DAN GURU

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan Jalinan Kasih IbuBapa dan Guru. Program ini melibatkan semua Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2015. Program ini akan dilaksankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Januari 2015
Hari    : Sabtu
Masa  : 8.30pagi - 11.00pagi
Tempat : Dewan Mestika SK Sungai Serai Kuang
Penceramah : Tn HajiFahrul Radzi bin Bustami(Penolong PPD Pembangunan,PPD Gombak)

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan ke program ini diucapkan jutaan terima kasih.

Monday 19 January 2015

Program Penutur Jati (Native Speaker Program)

Antara program kerajaan yang terkini bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia ialah program penutur jati (native speakers programme).Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Program ini menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris Tahap satu sebagai sasaran dan menjadi sebahagian kaedah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru di sekolah. Kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan dibawa ke negara ini bagi membimbing pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

SK Sungai Serai pada tahun ini menerima kehadiran Ms Angela mengganti Miss Khaty. 






PROGRAM 1 INSAN 1 PASANG

MISI BANTUAN PASCA BANJIR PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK(PPD) DENGAN KERJASAMA JPJ MALAYSIA

MISI YANG DICADANGKAN SETIAP SEKOLAH DLM DAERAH GOMBAK MEYEDIAKAN PERKARA BERIKUT :

  1. Sepasang pakaian sekolah lengkap (baju,seluar utk lelaki dan baju,kain serat tudung utk perempuan)
  2. Beg Sekolah
  3. Stoking dan Kasut Sekolah
Jawatankuasa pelaksana mencadangkan agar setiap sekolah daerah gombak menyediakan sekurang-kurangnya 10 pasang (5 pasang lelaki dan 5 pasang perempuan) 



***barangan akan dikumpulkan pada 26 Januari - ptg nak hantar ke PPD

Gambar Majlis BKAP 2015














Monday 12 January 2015

PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100(Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja) bagi sesi persekolahan 2015 pada ketetapan berikut :


Tarikh  : 15 Januari 2015
Masa     : 11.00 pagi
Tempat : Kantin Sekolah SK Sungai Serai Kuang

Diharapkan pada tarikh dan masa yang ditetapkan Ibu/Bapa/Penjaga dapat menghadirkan diri bagi memastikan pemberian bantuan ini berjalan dengan lancar.Sila bawa bersama Sijil Kelahiran anak ASAL dan KAD PENGENALAN Ibu/Bapa/Penjaga untuk tujuan semakan.





Selamat Kembali Ke Sekolah 2015





Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019 Seluruh Negeri

Borang pendaftaran murid tahun 1 seluruh negeri sesi 2018/ 2019 secara online. Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secar...