Sunday 13 March 2016

Wednesday 9 March 2016

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas Untuk Penolong Kanan Pentadbiran Baru SKSS

Beliau adalah En Mohd Shahfri Bin Sahat,berumur 52 tahun, Beliau yang bertukar dari SK Tun Teja,Rawang sebagai Penolong Kanan HEM ,memulakan tugasan secara rasmi hari ini 10 Mac 2016 di SKSS.
Tahniah dan ucapan selamat bertugas di tujukan kepada beliau ,semoga perubahan yang baik dapat di teruskan dan dimurnikan dengan sebaik mungkin supaya dapat memberi menafaat kepada warga SKSS






Tuesday 8 March 2016

Fenomena Gerhana Matahari Separa

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena gerhana matahari separa ialah pada Januari 2010.
.
Pada umunnya fenomena gerhana matahari boleh berlaku apabila tiga jasad besar di angkasa lepas iaitu bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad bulan berupaya menutupi jasad matahari, lalu mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
.
Gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Bagi penduduk di utara Malaysia, akan dapat melihat matahari sudah pun ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika terbit.
Sementara bagi penduduk di sebelah selatan Malaysia, antum akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit dan berpeluang melihat sentuhan pertama (First Contact), iaitu saat jasad bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5 hingga 6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak gerhana matahari separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi. Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
.
.

Jadual / Waktu Gerhana

.
Jadual kawasan di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk melihat peratusan dan waktu puncak gerhana serta peratusan matahari terlindung:
.

Semenanjung Malaysia

  • Kangar – 8.25 pagi (67%)
  • Kuah – 8.25 pagi (67%)
  • Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
  • Georgetown – 8.25 pagi (70%)
  • Ipoh – 8.24 pagi (73%)
  • Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
  • Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
  • Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
  • Seremban – 8.24 pagi (81%)
  • Melaka – 8.23 pagi (83%)
  • Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
  • Kuantan – 8.25 pagi (77%)
  • Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
  • Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)
.
.

Sabah & Sarawak

  • Kuching – 8.29 pagi (87%)
  • Sibu – 8.31 pagi (85%)
  • Bintulu – 8.33 pagi (82%)
  • Miri – 8.36 pagi (78%)
  • Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
  • Sandakan – 8.42 pagi (75%)
  • Tawau – 8.41 pagi (81%)
.
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
.
Jika anda berminat untuk mengetahui waktu di lokasi selain daripada di atas, sila klik PAUTANini. Waktu yang dipaparkan di sana ialah dalam Universal Time (UT). Anda perlu tambah 8 JAM untuk tukar ke waktu Malaysia.
.
Malaysia Eclipse.001
.

Cara Melihat Gerhana

.
Kita bersyukur akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini dan cara terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah menghalakan pandangan ke arah ufuk timur, bermula sebaik sahaja matahari terbit.
Antum berpeluang melihat sentuhan pertama (First Contact) jasad bulan ke salah satu sisi matahari, lebih kurang 5 hingga 6 minit selepas matahari terbit. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Di Lembah Kelang, kemuncak gerhana matahari separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Manakala waktunya berubah bergantung kepada kawasan dan lokasi. Dan gerhana ini akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit selepas waktu puncak di lokasi masing-masing.
.
Disebabkan fenomena ini Gerhana Matahari Separa, maka sebahagian matahari masih kelihatan dan bersinar terang di langit. Walaupun peratusan matahari yang tertutup itu tinggi (sekitar 87% di Kuching), namun ia masih amat berbahaya untuk dilihat dengan mata.
.
Antum berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini sekali lagi pada 26 Disember 2019. Istimewanya pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin. Sumber: falakonline dan Bernama
.
.

Solat Sunat Kusuf

.
Seharusnya kemunculan fenomena alam ini dijadikan momentum umat muslim bagi mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dengan melaksanakan solat sunat, memohon ampun, beristighfar dan berdoa.
Rasulullah ﷺ bersabda :
إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu, berdoalah kepada Allah, dirikanlah solat sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu.
.
Sehubungan dengan berlakunya fenomena gerhana matahari separa ini, umat Islam disaran supaya melakukan Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari) yang amat digalakkan (sunat muakkad). Sepertimana biasa masjid-masjid utama di seluruh negara akan mengadakan Solat Sunat Gerhana bermula 8.24 pagi pada hari berlakunya tersebut (9 Mac 2016).
.
Panduan solat sunat gerhana ini boleh dirujuk di SINI
Dan apakah yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika berlaku gerhana boleh baca di SINI – 7 Amalan Sunnah Rasulullah ﷺ Ketika Berlaku Gerhana
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Tuesday 1 March 2016

Pendaftaran online murid tahun 1 Selangor Putrajaya 2017-2018




Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan tahun 2017 dan 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2016

Pautan Sumber: mysumber.co



Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan tahun 2017 dan 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2016

Pendaftaran murid tahun 1 secara online bagi tahun 2017 dan 2018 tidak lagi menggunakan Aplikasi Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) susulan aplikasi sistem berkenaan telah ditutup sepenuhnya bermula 4 Januari 2016   


Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 akan menggunakan aplikasi sistem yang baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) telah diperkenalkan untuk memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual

 Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/ jagaan mereka ke tahun 1

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri Selangor dan Putrajaya sesi 2017 dan 2018

Info Kelahiran Untuk Tahun Sesi Persekolahan 
Untuk sesi persekolahan tahun 2017 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2010 hingga 01.01.2011
Untuk sesi persekolahan tahun 2018 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2011 hingga 01.01.2012  

Tindakan Ibubapa / Penjaga 
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan sila bawa bersama dokumen yang berkaitan seperti berikut  

1. Sijil Lahir/ Sijil Anak angkat (asal + salinan) 
2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga (asal + salinan) 
3. Sijil Nikah / Sijil daftar perkahwinan (asal + salinan) 
4. Surat Cerai dan Perintah Hak Penjagaan Anak (Hadhanah /Custody) (asal + salinan) 
5. Bil Elektrik / SYABAS sebagai bukti alamat (asal + salinan) 
6. Sampul surat bersetem 0.80 sen bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm) 

Masa Dan Tempat Serahan Dokumen 
Masa : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang) 
Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen) 

Info Tambahan
Bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari 2011 layak memohon Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur ke Tahun 1

 Borang permohonan boleh di dapati di Jabatan Pendidikan Selangor mulai 1 Jun 2016. Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2016

Tarikh Rasmi Sistem Permohonan Dan Pendaftaran Secara Online Dibuka pada 
1 Mac 2016 (Selasa)



  


 
PanduanPenggunaan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia(SPATKPM) 




Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)

Pautan Sumber: mysumber.com
Sila rujuk atau menghubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Pautan Sumber: mysumber.com

Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)  

Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)

Pautan Sumber: mysumber.com

Sila rujuk atau menghubungi :

 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 
62604 PUTRAJAYA 

Unit ICT

 E-mel : daftartahun1@moe.gov.my


Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya)
Jabatan Pendidikan Selangor, 
Jalan Jambu Bol
4/3E, Seksyen 4, 
40604 Shah Alam,Selangor. 
 
Talian Utama : +603-55186500 
E-mel                 : jpn.selangor@moe.gov.my
 
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh Tutup Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online
 Murid Tahun 1 Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 2017 / 2018
 
                                      30 April 2016



http://moe.gov.my

Pautan Sumber: mysumber.com




Pendaftaran murid tahun 1 secara online bagi tahun 2017 dan 2018 tidak lagi menggunakan Aplikasi Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) susulan aplikasi sistem berkenaan telah ditutup sepenuhnya bermula 4 Januari 2016

Pautan Sumber: mysumber.com
Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan tahun 2017 dan 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2016 Pendaftaran murid tahun 1 secara online bagi tahun 2017 dan 2018 tidak lagi menggunakan Aplikasi Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) susulan aplikasi sistem berkenaan telah ditutup sepenuhnya bermula 4 Januari 2016 icon baruSistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 akan menggunakan aplikasi sistem yang baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) telah diperkenalkan untuk memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/ jagaan mereka ke tahun 1 BORANG PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 NEGERI SELANGOR DAN PUTRAJAYA SESI 2017 / 2018 Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan dengan pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri Selangor dan Putrajaya sesi 2017 dan 2018 Perkara Butiran Info Tarikh Rasmi Sistem Permohonan Dan Pendaftaran Secara Online Dibuka 1 Mac 2016 (Selasa) Laman Aplikasi Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Murid Tahun 1 Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 2017 / 2018 Sila KlikTunjuk LinkAplikasi Sistem Permohonan Online Ke Tahun Satu Bagi Negeri Selangor Dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017/ 2018 Sila dapatkan arahan dan keterangan lanjut menerusi ruangan “Pengumuman Terkini” di laman SPAT atau rujukTunjuk LinkFAQ Panduan Penggunaan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) Tunjuk LinkGaris Panduan SPATKPM (PDF) Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Sila rujuk atau menghubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT E-mel : daftartahun1@moe.gov.my Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Jalan P16, Presint 16, 62150 Putrajaya. Talian Utama : +603-8890 3070 E-mel : daftartahun1@moe.gov.my Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor) Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam,Selangor. Talian Utama : +603-55186500 E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://moe.gov.my Tarikh Tutup Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Murid Tahun 1 Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 2017 / 2018 30 April 2016 Tindakan Selepas Pendaftaran Online Tahun 1 Selangor 2017 2018 Info Kelahiran Untuk Tahun Sesi Persekolahan Untuk sesi persekolahan tahun 2017 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2010 hingga 01.01.2011 Untuk sesi persekolahan tahun 2018 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2011 hingga 01.01.2012 Tindakan Ibubapa / Penjaga Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan sila bawa bersama dokumen yang berkaitan seperti berikut 1. Sijil Lahir/ Sijil Anak angkat (asal + salinan) 2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga (asal + salinan) 3. Sijil Nikah / Sijil daftar perkahwinan (asal + salinan) 4. Surat Cerai dan Perintah Hak Penjagaan Anak (Hadhanah /Custody) (asal + salinan) 5. Bil Elektrik / SYABAS sebagai bukti alamat (asal + salinan) 6. Sampul surat bersetem 0.80 sen bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm) Masa Dan Tempat Serahan Dokumen Masa : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang) Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen) Info Tambahan Bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari 2011 layak memohon Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur ke Tahun 1 Borang permohonan boleh di dapati di Jabatan Pendidikan Selangor mulai 1 Jun 2016. Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2016

Pautan Sumber: mysumber.com

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019 Seluruh Negeri

Borang pendaftaran murid tahun 1 seluruh negeri sesi 2018/ 2019 secara online. Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secar...