SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Sg. Serai telah di buka pada 1 Mei 1966. Dengan bilangan murid 42 orang dari pelbagai umur dengan 4 orang guru menumpang di Balai Raya Kampung Sungai Serai.Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Akasah bin Hj Taib. Beliau di bantu oleh 3 orang guru yang lain Cikgu Aishah, Cikgu Razali dan Ustaz Dawam. Pada tahun 1967, kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan baru separuh kayu dan separuh batu sebagai bangunan kekal Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di atas tanah seluas 7 ekar. Bangunan baru ini mengandungi 3 buah kelas, satu ruang pejabat dan bilik guru besar. Pada tahun 1968 murid – murid mula berpindah ke bangunan baru. Bangunan ini telah di rasmikan oleh Dato’ Harun bin Idris iaitu Menteri Besar Selangor pada 5 Mac 1969. Oleh kerana kekurangan tempat bagi menampung 6 kelas yang berbeza tahap umur, setiap kelas telah di jadikan kelas bergabung
   Pada tahun 1986, Bangunan Pusat Sumber didirikan hasil sumbangan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Hj Ahmad Razali b Hj Ali. Sebuah lagi bangunan sekolah telah didirikan secara gotong royong dengan kerjasama PIBG sekolah hasil peruntukan RM 50,000.00 oleh KPM. Bangunan baru yang lebih baik dengan keseluruhannya di rasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Muhammad bin Mohd Taib pada 1 Disember 1986.

Pada tahun 1993, dengan kebijaksanaan Guru Besar Cikgu Zainodin Rafe’i, telah berbincang dengn pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Gombak untuk mempelawa murid- murid Orang Asli dari Hulu Kuang belajar di SK Sg Serai. Sebelum ini mereka bersekolah di Sekolah Orang Asli Bukit Lanjan yangagak jauh dari tempat tinggal.

Pada tahun 2001 sebuah bangunan makmal komputer telah didirikan. Seterusnya pada tahun 2002, sebuah lagi bangunan baru mengandungi 3 tingkat dan satu bangunan kantin telah didirikan dan mula digunakan pada tahun 2003. Murid SK Sungai Serai makin betambah dengan adanya pembangunan dan perumahan yang didirikan berhampiran dengan SK Sungai Serai.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019 Seluruh Negeri

Borang pendaftaran murid tahun 1 seluruh negeri sesi 2018/ 2019 secara online. Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secar...