Tuesday, 8 March 2016

Fenomena Gerhana Matahari Separa

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena gerhana matahari separa ialah pada Januari 2010.
.
Pada umunnya fenomena gerhana matahari boleh berlaku apabila tiga jasad besar di angkasa lepas iaitu bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad bulan berupaya menutupi jasad matahari, lalu mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
.
Gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Bagi penduduk di utara Malaysia, akan dapat melihat matahari sudah pun ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika terbit.
Sementara bagi penduduk di sebelah selatan Malaysia, antum akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit dan berpeluang melihat sentuhan pertama (First Contact), iaitu saat jasad bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5 hingga 6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak gerhana matahari separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi. Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
.
.

Jadual / Waktu Gerhana

.
Jadual kawasan di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk melihat peratusan dan waktu puncak gerhana serta peratusan matahari terlindung:
.

Semenanjung Malaysia

  • Kangar – 8.25 pagi (67%)
  • Kuah – 8.25 pagi (67%)
  • Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
  • Georgetown – 8.25 pagi (70%)
  • Ipoh – 8.24 pagi (73%)
  • Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
  • Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
  • Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
  • Seremban – 8.24 pagi (81%)
  • Melaka – 8.23 pagi (83%)
  • Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
  • Kuantan – 8.25 pagi (77%)
  • Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
  • Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)
.
.

Sabah & Sarawak

  • Kuching – 8.29 pagi (87%)
  • Sibu – 8.31 pagi (85%)
  • Bintulu – 8.33 pagi (82%)
  • Miri – 8.36 pagi (78%)
  • Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
  • Sandakan – 8.42 pagi (75%)
  • Tawau – 8.41 pagi (81%)
.
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
.
Jika anda berminat untuk mengetahui waktu di lokasi selain daripada di atas, sila klik PAUTANini. Waktu yang dipaparkan di sana ialah dalam Universal Time (UT). Anda perlu tambah 8 JAM untuk tukar ke waktu Malaysia.
.
Malaysia Eclipse.001
.

Cara Melihat Gerhana

.
Kita bersyukur akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini dan cara terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah menghalakan pandangan ke arah ufuk timur, bermula sebaik sahaja matahari terbit.
Antum berpeluang melihat sentuhan pertama (First Contact) jasad bulan ke salah satu sisi matahari, lebih kurang 5 hingga 6 minit selepas matahari terbit. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Di Lembah Kelang, kemuncak gerhana matahari separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Manakala waktunya berubah bergantung kepada kawasan dan lokasi. Dan gerhana ini akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit selepas waktu puncak di lokasi masing-masing.
.
Disebabkan fenomena ini Gerhana Matahari Separa, maka sebahagian matahari masih kelihatan dan bersinar terang di langit. Walaupun peratusan matahari yang tertutup itu tinggi (sekitar 87% di Kuching), namun ia masih amat berbahaya untuk dilihat dengan mata.
.
Antum berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini sekali lagi pada 26 Disember 2019. Istimewanya pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin. Sumber: falakonline dan Bernama
.
.

Solat Sunat Kusuf

.
Seharusnya kemunculan fenomena alam ini dijadikan momentum umat muslim bagi mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dengan melaksanakan solat sunat, memohon ampun, beristighfar dan berdoa.
Rasulullah ﷺ bersabda :
إن الشمس والقمر آيتانمن آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتىينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu, berdoalah kepada Allah, dirikanlah solat sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu.
.
Sehubungan dengan berlakunya fenomena gerhana matahari separa ini, umat Islam disaran supaya melakukan Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari) yang amat digalakkan (sunat muakkad). Sepertimana biasa masjid-masjid utama di seluruh negara akan mengadakan Solat Sunat Gerhana bermula 8.24 pagi pada hari berlakunya tersebut (9 Mac 2016).
.
Panduan solat sunat gerhana ini boleh dirujuk di SINI
Dan apakah yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika berlaku gerhana boleh baca di SINI – 7 Amalan Sunnah Rasulullah ﷺ Ketika Berlaku Gerhana
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

No comments:

Post a Comment

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019 Seluruh Negeri

Borang pendaftaran murid tahun 1 seluruh negeri sesi 2018/ 2019 secara online. Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secar...